http://www.sinarharian.com.my/rencana/semua-orang-pun-stress-1.378340
SITUASI: "Suatu pagi selepas mandi kita melihat di depan cermin ada seketul jerawat batu tumbuh di hidung. Sedangkan pada hari itu ada satu majlis penting yang perlu dihadiri." Stres bukan?
Atau, "Suatu pagi kita bangun pagi hendak pergi ke tempat kerja. Tiba-tiba kenderaan tidak dapat dihidupkan kerana petrol sudah habis. Dan pagi itu bos akan mengadakan mesyuarat penting." Apa perasaan?
Begitulah seterusnya...
Itu adalah beberapa contoh kecil permasalahan dan situasi yang sering kita hadapi sepanjang hari sepanjang hidup. Ia tidak berkesudahan selagi manusia masih bernafas dan jantungnya masih berdenyut.
Kata Nabi Muhammad SAW dalam sebuah hadis yang sahih maksudnya: "Setiap manusia itu diciptakan dalam keadaan teruji (muftaan)."
Setiap hari yang dilalui, setiap nafas yang dihembus dan setiap nadi yang berdenyut; adalah modal untuk anak Adam beramal, diuji dan teruji untuk meraih pahala daripada ALLAH SWT.
Demikian janji ALLAH dalam al-Quran yang bermaksud: "Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu. Dan demi sesungguhnya, kamu akan mendengar daripada orang-orang yang telah diberikan kitab dahulu daripada kamu dan orang-orang yang musyrik: banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati. Dalam pada itu, jika kamu bersabar dan bertakwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah daripada perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya)." (Surah Ali Imran: 186)
Imam Ibn Kathir dalam tafsirnya menjelaskan antara hikmah ayat ini diturunkan adalah untuk membezakan antara mukmin yang sejati dan selainnya. ALLAH akan menguji hambanya dengan harta, ibadah yang berat pada kebanyakan orang seperti jihad dan seumpama dengannya.
Disebutkan golongan ulama bahawa dunia ini adalah tempatnya kita berladang, bertani dan bercucuk tanam. Sudah barang tentu tiada usaha yang tidak mengeluarkan peluh dan perlu berletih-letih melakukannya.
Tercipta sebuah kaedah: "Setiap ganjaran tergantung kepada kepada jenis amalnya." Semakin baik amalnya maka semakin besar ganjaran pahala daripada ALLAH. Semakin sungguh-sungguh ia dilakukan menepati sunnah Nabi SAW, semakin tinggi darjat amalnya disisi ALLAH.
Apakah pernah kita melihat seorang petani bekerja dalam keadaan selesa tanpa berkeringat sedikit pun? Dan bagi yang ikhlas setiap titis peluh itu kelak akan termasuk dalam hitungan ALLAH Yang Maha Halus penelitian-Nya.
Maka tidak hairan kita melihat dan membaca kisah para nabi dan orang soleh. Mereka tidak pernah jemu beribadah sekalipun sudah mengetahui jaminan kedudukan mereka di syurga.
Nabi Daud berpuasa selang sehari sepanjang hayatnya. Nabi SAW solat malam sehingga bengkak kakinya. Demikian seterusnya.
Walaupun mereka diuji dengan ujian yang amat besar dan mencabar. Mereka tidak pernah berasa stres atau tertekan sehingga meninggalkan ibadah yang mereka lakukan.
Lihat Nabi Ayyub AS yang ALLAH uji dengan penyakit kronik bertahun-tahun. Baginda tetap mengucapkan Alhamdulillah dan reda dengan apa yang berlaku. Habis semua hartanya dan wafat semua anaknya, Baginda tetap reda. Sehingga ALLAH menyebutkan baginda sebagai hamba yang bersabar.
Firman-Nya bermaksud: "Sesungguhnya Kami mendapati Nabi Ayub itu seorang yang sabar; dia adalah sebaik-baik hamba; sesungguhnya ia sentiasa rujuk kembali (kepada Kami dengan ibadatnya)." (Surah Shad: 44)
Sebesar mana stres kita?
Justeru, ketika kita stres dengan sebutir jerawat batu atau petrol kenderaan yang habis, maka wajar kita bandingkan dengan mereka yang jauh lebih besar diuji.
Jika terlalu jauh untuk membandingkan dengan para Nabi dan orang soleh terdahulu, bandingkan sahaja dengan rakan sepejabat atau jiran-jiran kita.
Dalam kalangan mereka ada yang diuji dengan penyakit kronik. Bukan sahaja jerawat. Juga ada yang diuji dengan kenderaan dicuri, bukan sekadar petrol habis.
Rumah kita dilanda banjir separas lutut, rumah orang lain ada yang dilanda banjir separas pinggang bahkan ada yang separas bumbung rumah.
Rumah kita dimasuki pencuri. Ada rumah lain dirompak, dicederakan, dibunuh dan dibakar! Nauzubillah.
Ada orang stres kerana pekerjaannya berat tidak tertanggung. Seorang cikgu berasa stres kerana sistem baharu yang diperkenalkan menambah beban kerja mereka. Namun jika dibandingkan dengan doktor di hospital kerajaan yang bekerja 36 jam secara terus-menerus. Ini pengalaman penulis sendiri ketika dimasukkan ke dalam wad selama dua minggu.
Mana lebih terbeban dengan nelayan mengerah keringat menurunkan pukat dan kemudiannya menariknya kembali dengan sedaya-upaya demi sesuap nasi! Siapa lebih berat pekerjaannya dan lebih patut berasa stres?
Dan berbagai-bagai lagi. Bukan sahaja akhbar harian dan lihat betapa beruntungnya kita dan berapa perlunya kita reda dan bersyukur dengan ujian yang ALLAH timpakan kepada kita.
Penulis pernah menemui seorang guru di Kota Sarang Semut, Kedah, yang baharu kehilangan seluruh anggota keluarganya akibat tsunami 2004. Jika bukan kerana dikhabarkan oleh guru yang lain maka siapa pun tidak akan menduga ujian yang telah dilalui. Beliau tetap tenang dan ceria seperti orang lain.
ALLAH berjanji tidak akan menguji hamba-Nya lebih daripada apa yang hamba-Nya mampu. Dan ALLAH itu Maha Menepati Janji.
Makanya janganlah stres! Ucapkan seperti yang Nabi SAW ajarkan: "Innalillahi ilaihi rojiun. Allahumma’jurni fi musibati. Wakhlifli khoiran minha." Maksudnya: "Sesungguhnya kepada ALLAH kami kembali. Ya ALLAH berikan ampunan atas ujian yang menimpaku. Dan berikan ganti yang lebih baik darinya." (Riwayat Muslim)
Kesenangan hanya akan muncul selepas kesusahan. Pepatah Melayu lama menyebut: "Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang." Lazimnya pelangi akan muncul selepas hujan. Tersenyumlah!
EDU3093 Pendidikan Untuk Guru : Dari Guru Untuk Guru
Untuk tujuan penilaian semester akhir Program Pensiswazahan Guru ( PPG ) ambilan 2011.
Tuesday, April 21, 2015
Thursday, April 16, 2015
Kembara Visual Semester Akhir
Bermula 12 - 14 April, bertempat di Pulau Chekas, Raub Pahang.. seramai 33 orang peserta dari unit PSV1 dan PSV 2 PPG ambilan Jun 2011 Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku AmpuanAfzan, Kuala Lipis, diiringi 3 orang pensyarah PSV, telah menjalankan aktiviti Kembara Visual ini bagi tujuan penilaian amali PSV untuk semester akhir PPG kohort 1.
Alhamdulillah, aktiviti dapat dijalankan seperti yang dirancang dan telah mencapai objektifnya.
Sunday, April 5, 2015
Education Quotes
Give me a fish, i'll eat for today..
Teach me to fish, i'll eat for the rest of my life...
Teaching is a noble profession...
Saturday, April 4, 2015
Sambung lagi....
Kalau mlm td tidur jam 4 pagi.... bagun pagi ni, masih mengadap laptop...
membetulkan apa yang salah, menyiapkan apa yang masih terbengkalai, mencetak apa yang diperlukan...
Rupanya, makin menghampiri garisan penamat, makin kerap pelari itu diuji...
ada batu yang menghalang, ada duri yang meranjau dan kadang-kadang ada tangan yang cuba menolak untuk menjatuhkan. Namun dek kerana semangat juang yang tinggi dan masih menebal, segala halangan ditempuhi dengan mendidik hati supaya redha kerana jalan yang berliku pastinya membawa kita kepada permandangan yang sangat indah dan menenangkan. Bersabarlah duhai diri kerana nikmat kemanisan usaha itu pasti akan dirasai apabila berjaya menggenggam segulung ijazah kelak.
Semoga kekuatan ini akan terus naik bersama semangat yang berkobar-kobar ingin bergelar graduan yang telah ada kerjaya.
Saya doakan agar, saya dan sahabat-sahabat seperjuangan saya mempunyai hati yang kental dan jiwa yang bermotivasi untuk menangkis semua halangan. Sesungguhnya, kita sudah hampir menggapai puncak, hanya tinggal beberapa checkpoint sahaja lagi. BERUSAHALAH!!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)