Untuk tujuan penilaian semester akhir Program Pensiswazahan Guru ( PPG ) ambilan 2011.
Saturday, April 4, 2015
Lumrah Seorang Pelajar Bekerjaya
Alhamdulillah...syukur....
Masih diberi kekuatan mental dan fizikal untuk menangani segala dugaan dalam menyiapkan tugasan akhir bagi semester akhir pengajian.
Fuuuhhh!!! Semester AKHIR sudah!!!
Dalam masa yang sama, tugasan di sekolah 'tak kurang banyaknya.... Redha lah...itu dah memang tanggungjawab. nak tak nak..memang kena pikul.
yang pasti, sentiasa ingat, bahawa setiap kekuatan yang ada sekarang adalah dariNya. Mohon semoga Dia sentiasa memeberi kesihatan yang baik dan akal yang logik supaya setiap tugasan yang diberi samada sebagai pelajar mahupun sebagai guru dapat dilaksanakan dengan baik dan tidak menjadi penyumbang untuk Stress.
Inilah lumrah sebagai seorang pelajar bekerjaya. Dengar sahaja pun sudah terbayang kepenatan. Hanya insan yang mengalaminya sahaja yang merasai macamana kepenatan itu. ditambah dengan urusan seharian dalam kehidupan, sememangnya seolah peruntukaan 24 jam itu tidak mencukupi. tetapi terpulanglah kepada individu yang menanganinya.
Kajian Tindakan, Penulisan Eksekutif, Pembentangan Kajian Tindakan, Bina Insan Guru, LINUS, Pentaksiran, Pedagogi Alaf 21, IThink, Kelas Alaf 21 dan macam-macam lagi perkataan yang sentiasa menerawang dikotak fikiran sekarang ini.
Semoga segalanya dipermudahkan dan berakhir dengan jayanya. Chaiyookk Baiti!!
Tuesday, March 31, 2015
Berjaya!! Hilang Tekanan Kami...
Alhamdulillah...
Pemantauan PLC oleh Guru-guru Besar Sekolah Daerah Pekan dan Pegawai-pegawai dari PPD telah berakhir dan berlangsung dengan jayanya.
syukur....kerja keras 2 minggu mendatangkan hasil..
Sesi pemantauan telah berakhir dengan baik dan ulasan yang diberikan juga baik dan memenuhi spesifikasi yang dikehendaki.
Dengan berakhirnya pemantauan tersebut, maka kuranglah tekanan dan stress bagi kami. persiapan untuk menghadapi setiap pemantauan memang memenatkan. walaupun ianya cuma prosedur biasa, namun, pastinya kami akan memberikan yang terbaik untuk nama baik sekolah dan untuk kami sendiri...
Monday, March 30, 2015
Contoh 'Lesson Study' Sains
Contoh Lesson Study subjek Sains
dipetik dari sumber : https://www.youtube.com/watch?v=N0BL8ApjXmc#action=share
Professional Learning Communities ( PLC )
Assalamualaikum... salam sejahtera...
esok, 31 March 2015, insyaAllah sekolah saya akan dikunjungi oleh 47 orang Guru Besar bersama Pegawai dari PPD daerah Pekan untuk meninjau perjalanan dan pelaksanaan PLC di sekolah saya. Pelbagai persiapan dan persediaan telah dilakukan oleh guru-guru. Sesi Pengajaran dan Pembelajaran juga hendaklah mengikut seperti yang telah disarankan di dalam Pembelajaran Abad ke-21 (PA 21). tidak hanya kelas disusun atur mengikut susunan yang dicadangkan, malah, pengajaran dan pembelajaran hendaklah lebih kepada penglibatan murid. Berikut ada beberapa perkongsian berkaitan dengan PLC yang telah dipetik dari beberapa blog pendidikan yang saya telah layari.
Professional Learning Communities (PLC)
PLC ialah singkatan kepada program professional learning communities. PLC merupakan koleksi aktiviti akademik secara bersepadu berteraskan lima strategi utama sebagai usaha menyokong dan memperbaiki pencapaian murid dan sekolah. PLC akan menjadi simbol usaha secara komprehensif dan cita-cita besar KPM bagi mencabar, memotivasi serta membantu sekolah meningkatkan pencapaian.
Professional Learning Community (PLC) merujuk kepada para pendidik yang komited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapaiprestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka.(Rosenholtz, 1989; Little & McLaughlin, 1993; DuFour, Eaker, & Many, 2006, )
Satu trend menarik dalam perkembangan pendidikan di negara-negara maju ialah pemantapan komuniti pembelajaran profesional dalam kalangan pendidik sebagai usaha meningkatkan profesionalisme guru.
Konsep komuniti pembelajaran profesional boleh didefinisikan sebagai aktiviti-aktiviti kolaboratif antara pihak sekolah dengan pihak di luar komuniti sekolah. Sekolah boleh membawa masuk pihak berkepentingan dari luar sekolah ke dalam bilik darjah untuk menterjemahkan kurikulum dan penyampaian kurikulum, dan aktiviti kolaboratif antara pihak berkepentingan dengan pihak sekolah untuk memantapkan penyampaian pendidikan bagi meningkatkan pencapaian pelajar.
Pelbagai aktiviti dalam pendekatan Komuniti Pembelajaran Profesional telah digunakan oleh masyarakat guru di negara-negara maju. Antaranya ialah pengajaran bersama rakan guru (team teaching), tunjuk cara dalam pengajaran (lesson demonstration), sistem sokongan rakan sekerja (buddy support system), perkongsian pintar antara komuniti sekolah dengan komuniti di luar sekolah, dan pengajaran secara kolaboratif (collaborative teaching).
Lesson Study sebagai satu aktiviti pengajaran dan persediaan pengajaran secara kolaboratif semakin mendapat tempat dalam sistem pendidikan di negara-negara maju.
Subscribe to:
Posts (Atom)


