Monday, March 30, 2015

Professional Learning Communities ( PLC )



Assalamualaikum... salam sejahtera...
esok, 31 March 2015, insyaAllah sekolah saya akan dikunjungi oleh 47 orang Guru Besar bersama Pegawai dari PPD daerah Pekan untuk meninjau perjalanan dan pelaksanaan PLC di sekolah saya. Pelbagai persiapan dan persediaan telah dilakukan oleh guru-guru. Sesi Pengajaran dan Pembelajaran juga hendaklah mengikut seperti yang telah disarankan di dalam Pembelajaran Abad ke-21 (PA 21). tidak hanya kelas disusun atur mengikut susunan yang dicadangkan, malah, pengajaran dan pembelajaran hendaklah lebih kepada penglibatan murid. Berikut ada beberapa perkongsian berkaitan dengan PLC yang telah dipetik dari beberapa blog pendidikan yang saya telah layari.

Professional Learning Communities (PLC) 

PLC ialah singkatan kepada program professional learning communities. PLC merupakan koleksi aktiviti akademik secara bersepadu berteraskan lima strategi utama sebagai usaha menyokong dan memperbaiki pencapaian murid dan sekolah.  PLC akan menjadi simbol usaha secara komprehensif dan cita-cita besar KPM bagi mencabar, memotivasi serta membantu sekolah meningkatkan pencapaian.   

Professional Learning Community (PLC) merujuk kepada para pendidik yang komited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapaiprestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka.(Rosenholtz, 1989; Little & McLaughlin, 1993; DuFour, Eaker, & Many, 2006, )






Satu trend menarik dalam perkembangan pendidikan di negara-negara maju ialah pemantapan komuniti pembelajaran profesional dalam kalangan pendidik sebagai usaha meningkatkan profesionalisme guru. 

Konsep komuniti pembelajaran profesional boleh didefinisikan sebagai aktiviti-aktiviti kolaboratif antara pihak sekolah dengan pihak di luar komuniti sekolah. Sekolah boleh membawa masuk pihak berkepentingan dari luar sekolah ke dalam bilik darjah untuk menterjemahkan kurikulum dan penyampaian kurikulum, dan aktiviti kolaboratif antara pihak berkepentingan dengan pihak sekolah untuk memantapkan penyampaian pendidikan bagi meningkatkan pencapaian pelajar. 

Pelbagai aktiviti dalam pendekatan Komuniti Pembelajaran Profesional telah digunakan oleh masyarakat guru di negara-negara maju. Antaranya ialah pengajaran bersama rakan guru (team teaching), tunjuk cara dalam pengajaran (lesson demonstration), sistem sokongan rakan sekerja (buddy support system), perkongsian pintar antara komuniti sekolah dengan komuniti di luar sekolah, dan pengajaran secara kolaboratif (collaborative teaching).  
Lesson Study sebagai satu aktiviti pengajaran dan persediaan pengajaran secara kolaboratif semakin mendapat tempat dalam sistem pendidikan di negara-negara maju.



No comments:

Post a Comment