Buat anda yang sering mengalami stress, ketahui cara menangani stress dalam masa 10 minit. Tips sederhana ini perlu anda ikuti untuk membebaskan diri daripada cengkaman stress!
Cara Menangani Stress:
1. Jangan Bekerja Di Bilik Tidur
Jangan sesekali cuba membawa pekerjaan anda ke bilik tidur. Melakukan pekerjaan di bilik tidur memiliki efek psikologi yang akan membuatkan anda rasa lebih tertekan. Bilik tidur adalah tempat atau destinasi untuk melindungi anda daripada pelbagai fikiran dan tekanan yang sedang anda hadapi.
2. Lakukan Meditasi
Melakukan meditasi menjadi salah satu cara menangani stress paling cepat. Pilihlah posisi yang selesa untuk anda melakukannya. Tak kiralah sambil duduk ataupun berbaring. Fikirkanlah perkara-perkara yang menyenangkan ketika meditasi untuk membuat perasaan anda menjadi lebih tenang.
3. Bercerita Dengan Seseorang
Ketika anda stress, cubalah mengungkapkan segalanya kepada si dia ataupun sahabat karib anda. Cara ini sangat membantu untuk melegakan perasaan dan fikiran anda.
Selain itu, anda boleh juga menghilangkan stress tersebut melalui kiriman email. Tulislah segala resah dan sendu anda itu di dalam email dan kirimkan kepada email anda juga. Mengirimkan email dapat membantu anda membuang aura negative dalam diri anda dan membuat fikiran anda menjadi lebih tenang.
4. Hiruplah Udara Sedar
Terkurung di kawasan berhawa dingin di pejaat merupakan perkara yang boleh mengundang rasa stress. Jadi, usahakan untuk keluar seketika dengan berjalan-jalan dan menghidup udara segar di persekitaran pejabat anda.
Oksigen segar yang sampai ke otak tentu sahaja boleh menenangkan anda. Selain itu, cara menangani stress yang paling mudah yang boleh anda cuba ialah dengan mendengarkan suara alam. Ia dikatakan dapat membantu menghilangkan stress dalam waktu yang cepat. Cubalah dengarkan suara air dan suara angin.
5. Ketawa
Ketawa secara semulajadi dapat membantu anda menghilangkan stress dalam waktu singkat. Anda mungkin boleh menghiburkan diri dengan menonton televisyen. Jika kena caranya dan anda tidak menggunakannya secara berlebihan, alat elektronik ini mampu membuatkan anda lebih santai.
6. Tarik Nafas Dalam-Dalam
Menarik nafas dalam-dalam selama seminit dapat membantu anda menghilangkan stress dalam waktu yang singkat. Perkara ini dapat membantu fikiran anda menjadi lebih relaks.
7. Mengurut Tubuh
Ketika sedang stress, otot-otot pada bahagian tubuh tertentu akan mengalami kekejangan atau lenguh-lenguh sehingga menyempitkan pembuluh darah. Cubalah untuk mengurut beberapa bahagian tubuh anda seperti leher, tengkuk dan bahu anda. Ia akan memberikan efek yang cukup melegakan pada diri anda dalam waktu yang singkat.
Info Ekstra!
- Bijirin Sarapan
Dapatkan bijirin sarapan yang dipenuhi vitamin dan mineral kerana ia sumber yang baik bagi menghilangkan stress dengan kandungan vitamin B, asid folik, vitamin dan fiber.
- Daging Lembu
Mengandungi vitamin B, iron dan zink.
- Melon
Labu ialah sumber terbaik vitamin C yang menghilangkan stress.
- Susu
Kaya dengan vitamin B2, B12 dan antioksidan.
- Sushi
Mengandungi magnesium, asid pantotenik dan vitamin B2.
- Nasi Atau Pasta
Kaya dengan karbohidrat yang akan dihadam dengan lambat dan menjadikan anda lebih gembira.
Sayuran hijau ini mampu menghilangkan stress dengan vitamin B dan asid folik yang terkandung di dalamnya.
- Ikan
Ikan mengandungi semua vitamin B yang pentig terutamanya B6 dan B12 yang dikatakan sebagai penghilang strss. Kekurangan vitamin B12 dalam badan juga boleh menyebabkan tekanan.
- Almond
Selain sedap dikunyah, ia dipenuhi vitamin B2, E, magnesium dan zink. Namun, anda disarankan makan sedikit sahaja kerana ia mengandungi lemak yang tinggi.
- Blueberry
Dipenuhi dengan antioksidan, vitamin C, sumber fiber yang baik dan rendah kalori!
Kredit Info dari : http://www.wom.my/gaya-hidup/cara-menangani-stress/
No comments:
Post a Comment