apa yang saya dapat melalui tugasan ini...
Alhamdulillah tugas ini telah disiapkan
dengan jayanya. Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya dapati terlalu banyak
punca dan faktor yang menyebabkan stress.
Faktor yang utama adalah datang dari dalam
diri sendiri. Apabila kita tidak mampu untuk mengawal sesuatu bebanan emosi,
ianya akan menjadi stress dan memudaratkan diri sendiri. Stress jika ditangani
dengan positif, maka ianya akan menjadi positif dan berkesudahan dengan baik. Namun
jika kita menganggapnya negative dan ditangani secara negatif, ianya akan
menjadi negatif dan memberi kesan yang mendalam kepada mental, fizikal, emosi
dan perbuatan kita.
Selain faktor diri, stress juga boleh disebabkan
oleh tekanan atau bebanan kerja yang melampau. Kadang-kadang arahan demi arahan
yang diterima boleh membuatkan seseorang itu menjadi stress. Banyak arahan dan
tempoh masa yang ditetapkan terlalu singkat membolehkan kita merasakan ianya
satu bebanan. Rakan sekerja juga boleh menyumbang kepada faktor untuk terjebak
dengan gejala stress ini. Seharusnya rakan sekerja memberikan sokongan dan dorongan
kepada rakan yang lain dan ini akan membolehkan mereka merasa diperlukan antara
satu sama lain. Bersikap empati terhadap rakan sekerja adalah yang terbaik. Melalui
sikap ini barulah kita dapat merasakan apa yang rakan sedang alami. Apakah dia
mampu untuk menggalas setiap bebanan tugas bersendirian atau jika perlu,
bantulah mereka untuk meringankan bebanan tugasnya itu.
Melalui tugasan ini saya dapati seorang guru
perlu mengawal emosinya walau bebanan tugas semakin bertambah dan mencabar dari
sehari ke sehari. Namun itu lah cabaran yang akan mematangkan diri dan memberi
banyak pengalaman kepada kita untuk menempuh kejayaan atau kegagalan dimasa
akan datang. Semuanya bergantung kepada diri kita sendiri dan cara kita
menghadapi dan menangani stress itu.
Dalam kehidupan seharian, tidak kira lah
sebagai guru ataupun sebagai pelajar, waima sebagai manusia biasa pun, memamng
kita tidak akan dapt lari dari tekanan atau bebanan stress. Ini kerana,
hari-hari kita perlu dipenuhi dan diisi dengan bebanan kerja yang menggunung,
berjumpa dengan manusia yang pelbagai ragam dan karenah dan semua makhluk yang
telah diciptakan ini boleh menjadi faktor stress. Namun ianya boleh dielak
selagi kita bersangka baik dengan semua orang, berfikiran positif dengan semua
dugaan dan bebanan yang diterima, menerima arahan yang diberi dengan hati yang
terbuka dan berazam untuk melaksanakan setiap arahan dengan sebaik mungkin. Meletakkan
dan memasang niat bahawa setiap apa yang kita lakukan ini akan mendapat balasan
yang baik dari Allah selagi kita melakukannya dengan ikhlas, bukan dalam
keadaan terpaksa.
Semoga tugasan ini akan membantu saya dan
sesiapa sahaja yang membaca hasil tulisan saya di dalam tugasan ini akan
mengambil iktibar dan menjadi pendorong buat kita semua supaya sentiasa
bersikap positif untuk mencapai nikmat hidup yang lebih baik. Bersikap positif
dapat menyelamatkan banyak perkara. Bersangka baik boleh menambah ramai kenalan
dan menerima setiap arahan dan nasihat akan disukai oleh majikan dan secara
tidak langsung akan memberi impak yang positif kepada rakan sekerja, majikan
dan sesebuah organisasi. Hidup bukanlah untuk bersaing tetapi saling melengkapi
antara satu sama lain. Sentiasalah bersandar kepada ajaran Islam dan berpegang
pada as-sunnah. Bersabar kepada pahitnya usaha dan akan merasa manisnya
kejayaan. Begitu juga lah profesion keguruan, sentiasa sabar dengan semua
cabaran dan dugaan, semakin tinggi penghormatan yang diberikan. Be positive and
inspiring, you will be a great teacher!
Saya Bangga Jadi Cekgu!!
No comments:
Post a Comment