ü Terhasil apabila seseorang merasakan
keperluan melebihi dari keupayaan atau apa yang ada pada dirinya. Perasaan
berkemampuan dan berkesan adalah penting bagi seseorang individu.
ü Faktor persepsi adalah penting dalam
mengkelaskan sesuatu perkara itu samada perkara positif atau negatif. Kerap
kali apa yang dianggap buruk kepada
seseorang itu adalah baik kepada orang lain.
ü Cekap dan efektif (dalam mencapai apa yang
dihajati dan melaksanakan segala tanggungjawabnya) adalah prasyarat penting
pada kebanyakan individu dalam penerimaan diri, nilai diri yang positif dan
kesejahteraan hidupnya.
ü Jika kepentingan ini terlampau kuat dalam
diri seseorang itu, maka ia akan lebih cenderung kepada stres yang dicipta
dalam dirinya sendiri.
ü Dalam Islam, tekanan dan dugaan berbentuk
kesenangan dan kesusahan merupakan ujian Allah yang semata-mata untuk menguji ketakwaan
hambaNya.
ü Kehidupan ini penuh dengan pelbagai perkara
sama ada baik atau buruk, positif atau negatif. Ianya merupakan ujian dan rencah
kehidupan.
ü Setiap dugaan yang datang itu pastinya akan
mematangkan dan mendewasakan melalui setiap pengalaman yang telah dilalui.
ü Tekanan boleh membuatkan seseorang itu
berjaya dalam hidup mahupun gagal dalam mencapai matlamat kehidupannya,
bergantung kepada cara mengatasi tekanan tersebut.
No comments:
Post a Comment